Tuesday, 12 March 2013

Status Halal Shaklee



Kebelakangan ini timbul semula isu halal-haramnya produk Shaklee.
Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA)
untuk produk2 Shaklee.

Shaklee mempunyai rangkaian produk yang pelbagai dan tidak semua produk Shaklee ada di
 Malaysia.
 Mungkin ada sesetengah produknya di luar negara yang tidak halal namun SEMUA produk 
SHAKLEe
yang berada di MALAYSIA telah mendapat sijil HALALkerana telah menjalani proses khas yang 
ketat.
Jadi jangan ragu-ragu, kerana saya juga pengguna Islam yang prihatin.


iSA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM.
 Untuk senaraibadan yang diikhtiraf oleh Jakim, boleh rujuk
 website http://www.halaljakim.gov.my/ atau http://www.halal.gov.my/v3/ 
cari Pengguna - Badan yang diikhtiraf Jakim. Senarai badan ini telah dikemaskini
Januari 2012. ISA atau ISLAMC SERVICES OF AMERICA berada pada muka surat 18, no 56.


Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk

yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex.
(Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia).

Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri 

yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. 
Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan
haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan,
 kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia

 bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa 

keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka.
Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari
benda2 yang tidak halal,misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah,
hati yang keras dan sebagainya.

Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita 

biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status
 halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang 
digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) 
Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara
 pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk 
marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya 
pada sijil keluaran JAKIM :)

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke

 mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & 
USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, 
sepatutnya tiada isu, bukan :)

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan

 mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat 
yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya

 anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, 

gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee 

Malaysia dengan menghubungicontact di www.shaklee.com.my.

Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.
credit : master lyna and Ida Khairani



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 923353].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia.
 Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Maslianna Md Najib
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No :923353 ]
♥ Contact No 017 6887004
♥ Emel : masleeanna@hotmail.com
♥ Laman web: mummybeez.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...